Wednesday, November 3, 2010

Picisan Demokrasi

sebuah picisan radikal ditulis/diwartakan
dari ekspresi sebuah minda dan hati
terus ke penaipan agar ia kekal.

tidak perlu gusar, setiap demokrasi ini
akan diteguhkan dengan kekuatan nurani
dan diimpresikan secara lahiriah. Dari
suara-suara kecil inilah diperjuangkan.

selama satu-per-satu dapat digapai
atas usaha dan kecekalan melalui perjalanan
lepas / tidak lepas dari Yang Esa.

tidak perlu gusar melalui perjalanan penuh liku
yang kelihatan hanya seGajah-seGajah itu.
Pelbagai tindasan pemikiran politikus...

Pada mereka hanya KUASA...
menggunakan kuasa dan disalahgunakan.
Tapi berharap landasan yang berpijak kini
agar ianya Siratul-Mustaqim.

GILA KUASA... GILA PANGKAT...GILA RINGGIT
hanya seketika, ku percaya setiap demokrasi ini
akan membuktikan suara-suara yang benar...
menidakkan yang tidak benar...
ku masih berpegang teguh kepada ajaranmu
Yang Kuasa


Tiada Pengharapan, Hanya Mahuka Kebenaran
penamat bulan oktober, 11.24

1 comment:

4umyfans said...

kekuatan sandaranku, ku dirikan masa lalu,
luruh bagai dedaunan,
di kala hujan angin datang...

manusia di pihak benar harus mengumpul segala tenaga dari pelbagai sudut untuk dibiaskan ke arah 'KUASA' yang kononnya sentiasa ada imuniti itu.