Thursday, November 11, 2010

KE-JUAN-JA
kebenaran yang cuba diperjuangkan oleh TEJA

tiada siapa sebenarnya memahami kehendak diri.

diri sendiri : sememangnya memahami & keliru dalam pemahaman
Yang Mencipta : seagungnya mengetahui.

aku semakin hairan dunia kecil yang cuba dipropakan dengan keagungan seketika.

Pelbagai limpahan si pengecut telah dilontarkan(cara penyucian kambing hitam).
apa perlu gusar?
pelbagai rancangan bersiri hitam Hangusrawat cuba dilancarkan.
ada yang sudah terlaksana dan bakal dilaksanakan oleh pengikutnya)

Terus tenang si Teja. Teja dan para dewata dewita perkukuhkan iman agar tiada tusukan hitam menembusi organ cemaran (minda, mata dan hati). Terusnya perjuangan bukan untuk kita raikan kemenangan tapi menegakkan kebenaran.

Itulah seharusnya difikirkan wahai dewata dewita.

Biarkan mereka terus kabur dengan misi Hangusrawat yang dalam pemergian secara terhormat para renjamin. (hak tui....)

seakan nasib Jebat yang disangkakan jahat, sedangkan dia gagah terus pertahankan hak saudaranya Tuah(Jebat tidak mengetahui Tuah masih hidup-kerna telah dikhabarkan mati). Namun Tuah yang hanya mengikut kata terus bertindak tanpa menimbal perbuatan Jebat itu.

maka bertepuk tanganlah para Jahanam dalam memisahkan ukhwah yang terjalin selama ini
(itulah cerita yang boleh diputarbelitkan oleh pihak renjamin tanpa usul periksa disebalik tersirat piratnya.)

bukan untuk memihak kepada Jebat mahupun Tuah. kedua-duanya kalo hidup pastikan tiada peristiwa berdarah sama seperti Habil Qabil.

berbalik kepada asalnya.
memang rambang mata dengan keagungan kuasa sementara itu dengan menolak ikatan persaudaraan demi Hangusrawat itu.

bukan mudah menerangkan satu per-satu tentang kebenaran dibalik kebenaran...

biarkan mereka terus memandang mulia akan kejahilan
biarkan Teja Dewata Dewita terus disisih demi kebenaran.

jika Teja berundur diri bukan bermakna kalah tetapi pengunduran secara taktikal bagi para Dewata Dewita berdikari berpijak di landasan shahid demi kebenaran bukan kemenangan. Namun pemikiran kebenaran harus diteruskan... ALLAHU AKBAR!

KEBENARAN bukan KEMENANGAN

*pemikiran dalam kotak yang memberensitkan para-para sakura.

Wednesday, November 10, 2010

Sunday, November 7, 2010

"moon will miss the night like day miss the sun"

Wednesday, November 3, 2010

Picisan Demokrasi

sebuah picisan radikal ditulis/diwartakan
dari ekspresi sebuah minda dan hati
terus ke penaipan agar ia kekal.

tidak perlu gusar, setiap demokrasi ini
akan diteguhkan dengan kekuatan nurani
dan diimpresikan secara lahiriah. Dari
suara-suara kecil inilah diperjuangkan.

selama satu-per-satu dapat digapai
atas usaha dan kecekalan melalui perjalanan
lepas / tidak lepas dari Yang Esa.

tidak perlu gusar melalui perjalanan penuh liku
yang kelihatan hanya seGajah-seGajah itu.
Pelbagai tindasan pemikiran politikus...

Pada mereka hanya KUASA...
menggunakan kuasa dan disalahgunakan.
Tapi berharap landasan yang berpijak kini
agar ianya Siratul-Mustaqim.

GILA KUASA... GILA PANGKAT...GILA RINGGIT
hanya seketika, ku percaya setiap demokrasi ini
akan membuktikan suara-suara yang benar...
menidakkan yang tidak benar...
ku masih berpegang teguh kepada ajaranmu
Yang Kuasa

Tiada Pengharapan, Hanya Mahuka Kebenaran
penamat bulan oktober, 11.24

Wednesday, September 29, 2010

perbicaraan poliTIKUS

tikus ? oh tikus... mari sini aku ingin berbicara.
ku himpun semua tikus dihadapanku.

Langkah berpolitik diserapkan disini:

(demokrasi)
S : bagaimana kehidupan masyarakat kamu?
A : emmm???

-setelah hilang sabar, aku menarik telinganya "habit aku : sukakan telinga" -

(diktator)
S : Persilakan.
A : rakus,pentingkan diri, suka bersaing

maka sifat kebinatang-an telah muncul pada "manusia"

sememangnya manusia adalah manusia, dan binatang adalah binatang. Tetapi dengan sekelip mata saja manusia akan bertukar menjadi binatang, untuk mencapai keinginannya. Namun adakah binatang akan menjadi manusia untuk mencapai keinginan? hah itulah dia bila manusia dikaitkan dengan binatang (dijadikan metafore) "poliTIKUS". erm?

Jadi perkaitan sikap manusia diatas dengan kaitan teori Darwinisme sosial,

"yakni perjuangan untuk hidup (struggle for life) dan
yang paling kuat yang bertahan hidup(survival of the fittest)".

argh! tikus sukar ditangkap kalo tidak mengetahui umpannya! poliTIKUS si licik, lincah sukar ditangkap. tikus : si pintar dan pandai memilih kawan.

jangan pandang tikus pada keburukan, kerna keseimbangannya adalah kebaikan.

"jangan dikuburkan tikus, khuatir mati tiada kesenian dalam politik"
KuLam KuShah.

kaitan poliTIKUS : politik (sasaran) tikus (sumber).

S : HENTIkan seketika kawalan, bagi sedikit kebebasan padanya(tikus).

ish mengarut sudah, adakah aku binatangisme?

Dunia ini seakan-akan sebagai hukum dalam politik yang sarat dengan pengaplikasiaan tikus yang semakin bermaharajalela. emm jangan samakan sampah di barat tidak berbau seperti di negara Asia (sudah pelajari cuaca-pasti tau). Namun itu yang perlu kita khuatiri/gusar kerana saya ibaratkan sampah tidak berbau seperti keburukan yang sentiasa ditutupi- As vs Iraq, Israel vs Palestin.

Jika Palestin bebas pasti umat Islam bersorak gembira dan sebenarnya detik perhitungan kiamat yang sudah hampir ini, akan berdetik dengan lebih pantas lagi selepas itu.

Tuesday, September 28, 2010

Diktator vs Demokrasi

Diktator,
lancang dan berkuasa
Demokrasi,
berbudi dan berbahasa

Diktator,
jujur dalam pembentukan
Demokrasi,
jujur dalam lontaran suara

semuanya sama motif dan matlamat,yang berbeza:HANYA KAMU.

tikus-tikus ini tidak akan henti memasang telinga: mendengar segala perbualan.
tidak henti menghidu: gerak geri musuh.
jika terhenti..
Maka tiada lagi Politikus dan terkuburlah dunia ini dek kerna 'kematian"

Monday, August 30, 2010

Cintaku Clarinet

jauh diseberang, kedengaran tiupan halus
menusub melalui telinga lalu jatuh ke corong hati.

matamu..
senyummu..
tiupanmu..
hatimu..

cintaku clarinet

kiranya semua
buatku gementar Morgen gelisah Nacht
menjadi penagih tiupanmu
mengisi kegembiraanku

lalu tertidur dan jaga
keasyikan melodi
menguntum jiwa
di dalam hati

isthiharah bersama Nacht agar terbit Morgen
seiring hati awan agar pancar cahaya kasih

terungkap tulus hati,
cintaku clarinet
agar tiada nyanyian Sang Nacht.

KuLam KuShah:
penaipan terjalan tika otak berfungsi
kala petir berdentum, berombak dada
menyedarkan minda.

Tuesday, June 1, 2010

cacar marba-peperangan otak

bermula dengan pentempuran yang sangat hebat! argh strategi aku mungkin lemah..aku perlukan strategi yang perbagai supaya aku tidak akan tewas lagi. silap aku, mungkin terlalu memikirkan awalannya dari pengakhiran.

(membuka beg usang, mengeluarkan kertas2 yang dimamah hari)

plan a sudah,selepas fajar aku akan mengunakan plan b.. inilah lumrah dunia peperangan!

tanamkan pemikiran yang beremosi itu di dalam tanah! gali atau masukkannya ke dalam botol dan tutup!campakkannya ke lautan yang takkan dilalui.

binakan kembali pemikiran yang waja... agar kembali roh itu menyerap...

24 jam lalu, sudah berlepas 2bulan penuh(dalam perkiraan penolakan = 1 bulan 28hari)

masih ada hari-hari akan datang dengan pelbagai serangan!

sarjan merah : hei, ko sudah fikirkan plan seterusnya jika plan b masih tidak
menjadi?

mejar lalat : aku blum rancang lagi la jan! naik pening aku! dias itu tidak tiba
lagi untuk membantu aku!

(percubaan dalam merangka plan)- terlelap

Sunday, May 23, 2010

Terkandas di kepulauan itu

episod yang memakan setiap huruf itu

disebalik bermaknanya kanvas sepi ku itu..

aku adalah aku... kamu itu juga aku?? jadi manakah aku sebenarnya? ruang penafasanku semakin sempit di dalam warna yang semakin suram itu..

jika aku dan kamu itu aku.. aku mahukan diriku satu!

-----------

bulan bersaksikan aku di pulau itu... aku begitu gembira berada di pulau itu bersama dia yang amat memeberikanku makna sayang dan kasey yang begitu mendalam..

dia adalah insan yang begitu istimewa ..cukup bagiku.

-tak mampu aku ......

Tuesday, May 18, 2010

Kanvas Sepi

Bersandar
dengan warna-warna pelangi
ditanganku laju tarinya
dengan keaslian tidak luntur
kanvas itu bersinar

Menatap
merasai warna sinar kian kelam
tetap dengan tari warnaku
makin kelam makin suram
kanvas itu kian kaku

meratapi
tetap menanti dan terus menanti
sanggup menanti kelam bersinar
biar sepi menekan dan mendesak
kanvas.. mohon tanganku ligat menari

menanti
tanganku kaku tak bergerak
otak kian putar kenangan
tetap simpan biar kata gila
kanvas...terus ada dan menanti

harapan
tanganku ligat tari warna
bahagia dia bahagiaku
pinta jangan padam segala
kanvas kelam tetap ada sinar

kanvas sepi
satu hanya tidak terbatas
cinta dan sayang walau mati warna
dan masih ada lagi tidak terucap
sebelum akhirnya..

kanvas sepiku tetap dihati
biar kau letak ku di pembuangan
kanvas sepiku tetap dihati

KuLam KuShah

tiada mati pena
tiada mati aku
masa mati lama
masa mati aku

membasahi kian segar

Monday, May 17, 2010

24 jam

hari berlalu dengan pantas
namun ianya tetap 24jam
musim berganti musim
namun ianya tetap 24jam

biarkan berlalu semua itu
namun ianya tetap kenangan
lupakan seketika, perit urat otak
namun ianya tetap kenangan

kembali Diaspora itu kembali
24jam tetap 24jam..
ingin matikan masa itu
24jam tetap 24jam

menahan Diaspora itu
ianya tetap kembali dalam 24jam itu..

KuLam KuShah
17 Mei 2010
manaip dengan jiwa bersama asap

Thursday, May 13, 2010

permulaan lembaran mengenal erti "K"

mulai rasa gembira
mulai rasa debaran
mulai rasa kesedihan
mulai rasa kesukaran

hadapi dengan tenang
hadapi dengan kental
hadapi dengan ilmu
hadapi dengan tabah

denyutan nadi terus
denyutan nadi tersekat
denyutan nadi terus
denyutan nadi tersimpul

semakin rapat semakin sukar
semakin jauh semakin resah

KuLam KuShah

Saturday, January 30, 2010

Kunci Syurga

Ku hamparkan cintaku padamu,
Agar engkau menerima diriku

Kunci.... kunci..... kunci,

Dimanakah kunci ini,
Bukan mudah temui syurga
Apa ntah lagi kunci untuk membukanya

Kunci syurga,
Adalah pembuka surah,
Itulah dia Al-Fatihah,
Tersusun ayatnya begitu indah,
Hanya 7 ayat pendek yang mudah
Lancar membaca, menghafal payah

Kunci syurga,
Diturunkan oleh Maha Esa di Mekkah
Jika menghayati setiap bait dan baris
Hati yang keras pastikan cair
Mutiara terpancul kusyuknya penghayatan

Kunci ...kunci... kunci
Pembuka segala surah,
Sebagai kompas...
Sebelum tersesat dalam peta “jahanam”
Di akhir surah... mohon jauhi perkara yang sesat.

Kunci Syurga...

Kulam Kushah