Wednesday, November 10, 2010

KE-JUAN-JA
kebenaran yang cuba diperjuangkan oleh TEJA

tiada siapa sebenarnya memahami kehendak diri.

diri sendiri : sememangnya memahami & keliru dalam pemahaman
Yang Mencipta : seagungnya mengetahui.

aku semakin hairan dunia kecil yang cuba dipropakan dengan keagungan seketika.


Pelbagai limpahan si pengecut telah dilontarkan(cara penyucian kambing hitam).
apa perlu gusar?
pelbagai rancangan bersiri hitam Hangusrawat cuba dilancarkan.
ada yang sudah terlaksana dan bakal dilaksanakan oleh pengikutnya)

Terus tenang si Teja. Teja dan para dewata dewita perkukuhkan iman agar tiada tusukan hitam menembusi organ cemaran (minda, mata dan hati). Terusnya perjuangan bukan untuk kita raikan kemenangan tapi menegakkan kebenaran.

Itulah seharusnya difikirkan wahai dewata dewita.

Biarkan mereka terus kabur dengan misi Hangusrawat yang dalam pemergian secara terhormat para renjamin. (hak tui....)

seakan nasib Jebat yang disangkakan jahat, sedangkan dia gagah terus pertahankan hak saudaranya Tuah(Jebat tidak mengetahui Tuah masih hidup-kerna telah dikhabarkan mati). Namun Tuah yang hanya mengikut kata terus bertindak tanpa menimbal perbuatan Jebat itu.

maka bertepuk tanganlah para Jahanam dalam memisahkan ukhwah yang terjalin selama ini
(itulah cerita yang boleh diputarbelitkan oleh pihak renjamin tanpa usul periksa disebalik tersirat piratnya.)

bukan untuk memihak kepada Jebat mahupun Tuah. kedua-duanya kalo hidup pastikan tiada peristiwa berdarah sama seperti Habil Qabil.

berbalik kepada asalnya.
memang rambang mata dengan keagungan kuasa sementara itu dengan menolak ikatan persaudaraan demi Hangusrawat itu.

bukan mudah menerangkan satu per-satu tentang kebenaran dibalik kebenaran...

biarkan mereka terus memandang mulia akan kejahilan
biarkan Teja Dewata Dewita terus disisih demi kebenaran.

jika Teja berundur diri bukan bermakna kalah tetapi pengunduran secara taktikal bagi para Dewata Dewita berdikari berpijak di landasan shahid demi kebenaran bukan kemenangan. Namun pemikiran kebenaran harus diteruskan... ALLAHU AKBAR!

KEBENARAN bukan KEMENANGAN


*pemikiran dalam kotak yang memberensitkan para-para sakura.

No comments: